PUCHONG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penggunaan bas elektrik penuh akan dimulakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar besar sebelum diperluaskan ke seluruh negara sebagai menyokong usaha kerajaan bagi negara mencapai status neutral karbon seawal 2050.
Beliau difahamkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh daripada pengeluar bas Kumpulan SKSBus yang akan diperolehi secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2023.
Ismail Sabri berharap, syarikat bas lain dapat mencontohi usaha DBKL yang memberikan perkhidmatan bas percuma GoKL yang menggunakan bas elektrik bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia neutral karbon seawal 2050.
"Untuk mencapai sasaran negara menjadi neutral karbon seawal 2050, semua pihak perlu terlibat," katanya kepada media selepas melawat kilang integrasi bas elektrik penuh Kumpulan SKSBus di Pulau Meranti di sini hari ini.
Kumpulan SKSBus melalui unitnya SKS Coachbuilders Sdn Bhd mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam industri pembinaan bas. Ia antara pengilang bas di Malaysia dengan pengesahan sebagai Barangan Buatan Malaysia dan dilengkapi dengan bantuan kilang robotik.
Kumpulan SKSBus sejak 2019 telah bekerjasama dalam bidang teknikal dengan Kumpulan CRRC China iaitu pengilang lokomotif eletrik dan rolling stock terbesar di dunia untuk membina bas elektrik penuh.
Bas elektrik penuh SKSBus mampu melengkapkan perjalanan sehingga 250 kilometer untuk sekali pengecasan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
DBKL telah membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh daripada pengeluar bas, SKSBus, yang akan diperolehi secara berperingkat. - Facebook / Sksbus Malaysia Sdn. Bhd.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Komitmen global GVT ke arah kelestarian alam
Bagi memperkasa sektor tenaga hijau negara, syarikat pengedar kenderaan EV tempatan, Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd (GVT) mengorak langkah menguasai pasaran bas elektrik.
Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei
Bas elektrik (EV) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan beroperasi bagi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini.
Sabah lancar projek perintis bas elektrik, percuma kepada orang awam
e-BusKK dengan kapasiti sehingga 54 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga tua dan OKU atas kerusi roda.
Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050
DBKL telah membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh daripada pengeluar bas, SKSBus, yang akan diperolehi secara berperingkat.
Sabah lancar projek rintis bas elektrik hujung tahun ini
Ia akan menjadi alternatif yang berdaya maju dan memastikan pengangkutan awam negeri berada di landasan yang betul.
Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini
Di bawah projek itu, WHS yang juga cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah, dijangka menerima 100 hingga 200 unit bas elektrik tersebut.
Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.
Medan Quantum labur RM20 juta bagi projek pembuatan bas elektrik
Pelaburan itu akan digunakan untuk menghasilkan prototaip, membeli robot (robotic arms) , komputer dan mesin berteknologi tinggi
Bas hidrogen di Kuching bukan mimpi, tapi realiti
Penggunaan bas elektrik dan hidrogen di Sarawak bukan sekadar mimpi kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Sarawak bakal ada stesen minyak 3 dalam 1
Tidak cukup dengan perkhidmatan bas hidrogen dan bas elektrik, Sarawak sedang merancang wujudkan stesen minyak tiga dalam satu.